Blogger Backgrounds

...30-11-2011 @ library UniKL MIAT

    dah lama tak story...hari nie hari kedua budak praktikal wat training kat tempat aku...nama dia Yati. Hubungan aku ngn dia setakat nie ok jer..tak tahu laha kalau mereka berdua tu dapat rapat ngn Yati n pulau kan aku lg...kerja kat sini dah tak best mcm dulu. Bos2 pun dah lain..
    Mood aku dah tak de nak kerja..aku pun semakin leka terhadap kerja aku. Kes aku tergantung lg..ape2 ntah dia org nie nak tuduh aku mcm2 ..tak logik. Nasib aku ada bukti yg aku tak bersalah. Kalau tak suka aku wat cara baik jgn sampai wat aku mcm nie...aku sakit hati lah..
   Ingat aku nie tak de perasaan ke...staff2 kat dalam ofis aku pun hiptokrit talam 2 muka..tak payahlah kalau kerja nie ada niat nak jatuhkan org lain ..atau nak bodek bos. Kerja atas kaki sendiri n nawaitu kerana Allah.
   Tak pe lah selagi aku mampu bertahan , aku bertahan. Jangan sampai aku tarik diri dan wat dajal....

...siapa yang bertakhta dihatiku...

arghhh...aku keliru dengan hatiku..
aku pun tak tahu sapew dalam hati aku...aku keliru. aku bingung. Aku tahu ada insan yang mulia hatinya yang tulus ikhlas menyayangi n menyintaiku..Terima kasih tak terhingga ku ucapkan..
tapi beriku ruang untuk ku buat pilihan. Aku takut untuk buat pilihan kerana aku takut tersilap dan kemudiannya aku layu

...Malaysia menang...


Indonesia vs Malaysia-21-11-2011-
Malaysia menang, tepat ramalan si sotong nie!!!

Garuda telah membaham si Garuda 5 - 4 (1-1) penalti 4 - 3

...inilah wira negara...

Wajah-wajah keceriaan pemain selepas merangkul emas.

Terima kasih wahai pemain bola sepak negara. Terutama Capten Malaysia Badrul, anda memang layak diberi gelaran Kapten. Kejayaan anda semua kebanggaan kami. Teruskan semangat kesukanan dan kerjasama antara kamu semua. Kekalkan semangat ini hingga selamanya. Kami rakyat Malaysia memberi harapan pada kamu semua untuk mematarbatkan bola sepak Malaysia di mata dunia. Tahniah dengan kejayaan yang dikecapi dengan menewaskan Garuda. Tapi ingat, jangan terlalu leka dengan kejayaan yang diperolehi sehingga lupa perlawanan esok yang juga merupakan harapan negara. Bangun skuad harimau..bangkitkan semangat anda. Kami rakyat Malaysia mengiringi doa semoga kalian berjaya dan terus menjadi kebanggaan kami. Skuad Harimau boleh...


...Khairul Fahmi Che Mat...

Penjaga Gol kebanggan Malaysia!!!
Ketangkasan asas kekuatan beliau....

Siapa tak kenal dengan penjaga gol Malaysia yang pernah terlibat dengan kontrevasi?? Itu masalah peribadi beliau tapi pada pandangan rakyat Malaysia, dia lah HERO kita. Penyelamat gawang gol Malaysia sepanjang perlawanana dalam Sukan Sea 2011. Ketangkasan beliau menyelamatkan cubaan demi cubaan pihak lawan dengan baik. Terpancar kemarahan diwajahnya sekiranya pemain-pemain negara gagal beraksi dengan betul apabila penyerang pihak lawan hampir memasuki bola ke gawang gol Malaysia. Namun, perlawanan akhir semalam 21.11.2011 benar-benar menguji ketangkasan dan kewibawaan beliau. Penyelamat maruah negara. Kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan kamu wahai Harimau Muda ..KHAIRUL FAHMI CHE MAT..teruskan usahamu demi satu lagi maruah negara dalam perlawanan esok dengan Syria. Tunjukkan kami sekali lagi yang kamu boleh.

...Ong Kim Swee...

Pengurus Terbaik!!!
"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia..""Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"
- Ong Kim Swee -



Inilah kata-kata semangat seorang jurulatih yang beribawa...walaupun sebelum ini dicemuh apabila pemainnya gagal beraksi, namun dengan kemenangan ini membuktikan beliau seorang yang mampu membentuk pasukan yang berjaya. Sebuah pasukan yang penuh semangat kental dan bermaruah. Pemain yang berdisplin dan berjiwa tinggi. Beliau pertahankan hak pemain-pemainnya sehingga digantung satu perlawanan. Digantung pula disaat perlawanan yang amat bermakna bagi memastikan skuad bimbingan beliau ke FINAL. Kelihatan keresahan diwajah beliau ketika skuad Malaysia beraksi terutama menentang Indonesia. Terima kasih wahai Pengurus Skuad HARIMAU..Ong Kim Swee..terima kasih kerana Malaysia memenangi pingat emas dengan bermaruah dan mengharumkan nama Malaysia. Permainan yang amat diminati oleh semua rakyat Malaysia. Kejayaan skuad HARIMAU menjadi kebanggaan kami.

...aku terlanjur cinta...

Waktu bergulir lambat 
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam 
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing 
Cinta yang t’lah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta

Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang t’lah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

...aku wanita biasa...

Aku ini wanita biasa

Bisa sakit luka karena cinta

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku

Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

...i'm so happy...

Nie cucu aku , nama dia Hasim...dah tua dah aku heheheh coz dah ada cucu tapi nenek dia lum kawen2 lg huhuhu
Dia nie memang suka gelak, kaki sampai terangkat2...
ape ntah yang heppi sangat bg dia..
tapi kalau senyum...senyuman mengoda, gatal kalau nampak perempuan hehehehe

....i'm so sleepy.....

Ini anak buah aku, nama dia Nur Rawahah..
Masa nie kami kat restoran KFC...
Erm orang suruh tido dalam keta dia tak nak..tapi tersungut2 bile time nak makan...
Comel kan...

.....kehilangan seoarang insan teristimewa....

Tanggal 03 Februari 1994 perginya seorang kekasih Allah yang teramat mulia ke pangkuan penciptanya di Hospital Besar Melaka. Setelah hampir 2 tahun menanggung penderitaan. Tidak tahu punca sebenar derita yang di tanggung. Sebelah keluarganya percaya pada tahyul, dikatakan buatan orang iaitu iparnya sendiri. Keluarga sebelah si suami pula percaya pada perubatan moden. Doktor mengesahkan barah otak.Si anak hanya mampu mendengar. Pelbagai cara perubatan untuk memulihkan arwah, perubatan traditional dan juga moden.
Kesan dari perubatan, rambut arwah semakin hari semakin sikit. Penglihatan pula semakin gelap walaupun mata terbuka tetapi arwah tidak mampu melihat apa-apa. Dari mampu berjalan sehingga hanya terlantar di kerusi malas. Di situlah tempatnya tidur, makan dan segalanya. Arwah tidak boleh bercakap lagi, tidak lagi senyum. Hanya mampu mengerang kesakitan.
Arwah merupakan seorang insan yang teramat mulia. Seorang insan yang telah tercipta terlalu istimewa. Seorang insan yang tidak lengkang dengan hati yang baik dan penyayang. Seorang yang tegas dalam kehidupan sehingga adik-beradiknya seramai 16 orang (termasuk arwah dan meninggal masa kecil) amat menghormati dirinya walaupun arwah merupakan anak ke-3.Perginya tiada pengganti.
Tanpanya kehidupan sisuami dan anak tidak bermakna tetapi kuatkan jua langkah demi langkah untuk menempuhi kehidupan yang telah ditentukan. Ikatan kekeluargaan yang arwah jaga selama ini rapuh. Hubungan adik-beradik semakin rengang. Ada juga adiknya yang tidak terima kehilangan arwah sehingga sanggup merosakkan diri. Begitu juga puterinya, kehilangan kasih sayang seorang ibu yang telah mendisplinkan dirinya sebagai seorang manusia yang disayangi oleh semua orang.
Keceriaan dalam keluarga hilang. Setiap kali raya tidak semeriah dulu. Tidak lagi berkumpul sanak saudara seperti ketika arwah masih hidup. Seorang anak beraya tanapa seorang ibu. Menangislah si anak setiap malam raya kerana beraya tanpa seorang ibu yang amat disayangi. Si anak beraya dengan nenek dan saudara yang lain. Menumpang kasih orang lain.

" Itulah Allayarhama Fatimah Haji Attan yang merupakan ibu kepada aku. Seorang ibu yang tiada pengganti bagi aku. Walaupun ibu tiri atau bakal mak mentuaku. Tiada wanita setanding dirinya. Ibuku seoarang insan yang terlalu istimewa. Kehilangannya amat dirasai. Kehilangannya membuatkan hidup aku tidak menentu kerana tiada siapa yang membimbing aku, tiada siapa yang memberi kasih sayang seikhlas hati ibuku. Setiap hari aku menangis walaupun dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku amat merinduinya. Aku amat mencemburui insan-insan di luar sana yang masih ada ibu. Aku sakit hati bila ada yang di luar sana yang tidak tahu menghargainya ibu mereka yang masih hidup. Ada pula yang bersikap kurang ajar  pada ibu mereka. Wahai anak-anak diluar sana, hargailah ibu kamu. Sanjungilah mereka ketika masih hidup lagi. Kasih sayang seorang ibu tiada pengganti. Doa dan kasih sayangnya yang akan merestui perjalanan kehidupan kita."

Buatmu ibu ku " Adik rindu sangat kat mak...adik sunyi mak tak de...abah dah tak sayang adik mcm dulu. Abah pentingkan keluarga baru dari adik. Adik rasa mcm nak ikut mak je.....adik nak mak...kalau diberi peluang sekali lagi untuk bersama mak..adik janji adik akan jadi anak solehah untuk mak..adik akan ikut cakap..mak......adik syang mak..."

Ya Allah Ya tuhanku...tempatkanlah ibuku disisimu tempat-tempat orang yang beriman...amin..Al - Fatihah...

.....my dream wedding cards.....


Hehheehe...kahwin entah bila??..tapi kad kahwin aku dah design...huhuhuhuhu almaklumlah terlalu ramai peminat tak tahu nak pilih yang mana?? adakah yang diatas nie...huaaahuaaa...
Angan2x minah jenin...tapi cantik tak hasil karya aku...tarikh tu tarikh besday kami bukan tarikh kawen kamiye jangan datang lak...wakakakaka. Tapi kalau betul tarikh tu hehehhe ok gak...tapi kan kan kan kalau lg cepat lagi bagus......
huhuhuhu uwaaaa....aku nak anak....nenek & abah kawen kan lah cucu/anak mu nie...
pada yang sudi cepat2 lah masuk meminang...nanti kena kebas dek org lain pulak, melepas pulak..haha padan muka...

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

.....lahirnya seorang puteri.....

   Tanggal 16 September 1983, Jumaat jam 1128 malam. Lahir seorang permata hati pasangan Fatimah & Mohammed Fadzil Gan. Permata hati kurniaan Allah s.w.t seorang puteri yang dinamakan Norfaraliza. Dilahirkan di Asia Clinic @Maternity Home, Melaka.
   Pasangan ini amat bahagia sekali dengan kelahiran sang puterinya. Puteri ini merupakan anak sulung kepada pasangan yang telah diijabkabulkan pada Disember 1982. Dengan kelahiran puteri ini lengkaplah kehidupan pasangan suami isteri ini.

Dirimu

Melihatmu bahagia itu sudah cukup bagiku…
Karena aku ingin kau selalu bahagia meski tak bersamaku…
Jika dia lebih baik dariku maka lupakanlah aku dan datanglah kepadanya…
Tak usah pedulikan aku karena aku tak butuh belas kasihan darimu…
Jika kau telah bahagia bersamanya aku ikhlas untuk menerimanya…
Karena semua yang kulakukan hanya menajdi sia-sia…
Ah.. Andai saja aku mengerti bagaimana hidup ini harus kupilih..
bagaimana harus kujalani dengan penuh cinta dan kasih..
sesungguhnya hanya engkau yang kupilih..
namun hanya Allah yang berkehendak untuk memilih..
jalan hidupku tak harus seperti yang kumau..
tetapi yakinlah..
cintaku padamu hanya akan menjadi diam membisu..
sampai Allah menemukan seseorang yang baik..
untukmu dan untukku..

..untukmu yang menyintaiku...

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu