Blogger Backgrounds

...Ong Kim Swee...

Pengurus Terbaik!!!
"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia..""Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"
- Ong Kim Swee -



Inilah kata-kata semangat seorang jurulatih yang beribawa...walaupun sebelum ini dicemuh apabila pemainnya gagal beraksi, namun dengan kemenangan ini membuktikan beliau seorang yang mampu membentuk pasukan yang berjaya. Sebuah pasukan yang penuh semangat kental dan bermaruah. Pemain yang berdisplin dan berjiwa tinggi. Beliau pertahankan hak pemain-pemainnya sehingga digantung satu perlawanan. Digantung pula disaat perlawanan yang amat bermakna bagi memastikan skuad bimbingan beliau ke FINAL. Kelihatan keresahan diwajah beliau ketika skuad Malaysia beraksi terutama menentang Indonesia. Terima kasih wahai Pengurus Skuad HARIMAU..Ong Kim Swee..terima kasih kerana Malaysia memenangi pingat emas dengan bermaruah dan mengharumkan nama Malaysia. Permainan yang amat diminati oleh semua rakyat Malaysia. Kejayaan skuad HARIMAU menjadi kebanggaan kami.

No comments:

Post a Comment

ape kata anda???