Blogger Backgrounds

.....kehilangan seoarang insan teristimewa....

Tanggal 03 Februari 1994 perginya seorang kekasih Allah yang teramat mulia ke pangkuan penciptanya di Hospital Besar Melaka. Setelah hampir 2 tahun menanggung penderitaan. Tidak tahu punca sebenar derita yang di tanggung. Sebelah keluarganya percaya pada tahyul, dikatakan buatan orang iaitu iparnya sendiri. Keluarga sebelah si suami pula percaya pada perubatan moden. Doktor mengesahkan barah otak.Si anak hanya mampu mendengar. Pelbagai cara perubatan untuk memulihkan arwah, perubatan traditional dan juga moden.
Kesan dari perubatan, rambut arwah semakin hari semakin sikit. Penglihatan pula semakin gelap walaupun mata terbuka tetapi arwah tidak mampu melihat apa-apa. Dari mampu berjalan sehingga hanya terlantar di kerusi malas. Di situlah tempatnya tidur, makan dan segalanya. Arwah tidak boleh bercakap lagi, tidak lagi senyum. Hanya mampu mengerang kesakitan.
Arwah merupakan seorang insan yang teramat mulia. Seorang insan yang telah tercipta terlalu istimewa. Seorang insan yang tidak lengkang dengan hati yang baik dan penyayang. Seorang yang tegas dalam kehidupan sehingga adik-beradiknya seramai 16 orang (termasuk arwah dan meninggal masa kecil) amat menghormati dirinya walaupun arwah merupakan anak ke-3.Perginya tiada pengganti.
Tanpanya kehidupan sisuami dan anak tidak bermakna tetapi kuatkan jua langkah demi langkah untuk menempuhi kehidupan yang telah ditentukan. Ikatan kekeluargaan yang arwah jaga selama ini rapuh. Hubungan adik-beradik semakin rengang. Ada juga adiknya yang tidak terima kehilangan arwah sehingga sanggup merosakkan diri. Begitu juga puterinya, kehilangan kasih sayang seorang ibu yang telah mendisplinkan dirinya sebagai seorang manusia yang disayangi oleh semua orang.
Keceriaan dalam keluarga hilang. Setiap kali raya tidak semeriah dulu. Tidak lagi berkumpul sanak saudara seperti ketika arwah masih hidup. Seorang anak beraya tanapa seorang ibu. Menangislah si anak setiap malam raya kerana beraya tanpa seorang ibu yang amat disayangi. Si anak beraya dengan nenek dan saudara yang lain. Menumpang kasih orang lain.

" Itulah Allayarhama Fatimah Haji Attan yang merupakan ibu kepada aku. Seorang ibu yang tiada pengganti bagi aku. Walaupun ibu tiri atau bakal mak mentuaku. Tiada wanita setanding dirinya. Ibuku seoarang insan yang terlalu istimewa. Kehilangannya amat dirasai. Kehilangannya membuatkan hidup aku tidak menentu kerana tiada siapa yang membimbing aku, tiada siapa yang memberi kasih sayang seikhlas hati ibuku. Setiap hari aku menangis walaupun dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku amat merinduinya. Aku amat mencemburui insan-insan di luar sana yang masih ada ibu. Aku sakit hati bila ada yang di luar sana yang tidak tahu menghargainya ibu mereka yang masih hidup. Ada pula yang bersikap kurang ajar  pada ibu mereka. Wahai anak-anak diluar sana, hargailah ibu kamu. Sanjungilah mereka ketika masih hidup lagi. Kasih sayang seorang ibu tiada pengganti. Doa dan kasih sayangnya yang akan merestui perjalanan kehidupan kita."

Buatmu ibu ku " Adik rindu sangat kat mak...adik sunyi mak tak de...abah dah tak sayang adik mcm dulu. Abah pentingkan keluarga baru dari adik. Adik rasa mcm nak ikut mak je.....adik nak mak...kalau diberi peluang sekali lagi untuk bersama mak..adik janji adik akan jadi anak solehah untuk mak..adik akan ikut cakap..mak......adik syang mak..."

Ya Allah Ya tuhanku...tempatkanlah ibuku disisimu tempat-tempat orang yang beriman...amin..Al - Fatihah...

No comments:

Post a Comment

ape kata anda???